Teks : Nur Afif Putra Bin Abdul Razak
Sumber : Google
Bazar
Tuan Padang, bazar yang terletak di tengah-tengah pusat bandar Kota Bharu,
berhadapan dengan Muzium Kelantan. Bangunan MARA dan Mercu Tanda IKBAR juga
terletak di seberang jalan dengannya. Bazar ini dibuka setiap hari dan ditutup pada
hari jumaat dari jam 8 pagi hingga 6 petang.
Bazar
Tuan Padang merupakan bangunan tiga tingkat yang moden, terletak di dalam
sebuah bangunan, kedai-kedainya telah diasingkan antara satu sama lain. Deretan
susunan kedai yang terdapat di dalam Bazar Tuan Padang kebanyakannya
menjual produk kain dan pakaian.
Produk kain dan
pakaian yang dijual oleh peniaga dalam Bazar Tuan Padang berbagai-bagai
jenis, termasuklah kemeja T, baju kurung, kain batik, kain songket, kain
sarung, alatan sembahyang (sejadah, kain sembahyang, dll.). Produk batik yang
dijual termasuklah kaftan (jubah berlengan lebar), baju kemeja, kain pasang,
kain dekorasi, dll. Kebanyakan peniaga menjual barangan mereka secara runcit,
dan jika membeli secara pukal, anda mungkin akan mendapat harga yang lebih
murah, terpulang kepada stok yang sedia ada.
Memang menjadi kebiasaan
membeli-belah di bazar Kota Bharu, anda seharusnya mengetahui cara
tawar-menawar dengan peniaga-peniaga. Bazar Tuan Padang juga tidak
terkecuali. Tawarlah harga yang anda rasa berpatutan sebelum melakukan sebarang
transaksi pembelian. Namun, peniaga-peniaga di Bazar Tuan Padang
sememangnya peramah dan jujur.
Jika tujuan anda ke Kota Bharu, Kelantan untuk membeli-belah,
maka Bazar Tuan Padang merupakan tempat yang seharusnya dikunjungi anda.
Walaupun saiz Bazar Tuan Padang tidak begitu besar, namun mungkin terdapat
rekaan dan fesyen pakaian yang tersendiri, di mana tidak terdapat di mana-mana
bazar atau pasar di Kelantan. Bazar Tuan Padang juga terletak berhampiran
dengan Muzium Kelantan dan Bulatan Jam Besar. Setelah penat besiar-siar di
tempat tersebut, bolehlah kunjungi ke Bazar Tuan Padang melihat kain dan
pakaian yang dijual di sini.

Comments
Post a Comment