Teks : Nur Afif Putra Bin Abdul Razak
Sumber : Google
Restoran Pohon Nako – nama restoran yang tidak
asing lagi di Kota Bharu, Kelantan. Restoran ini cukup dikenali dengan hidangan
Nasi Sumatera dan harga yang sangat berpatutan. Restoran ini terletak di
Jalan Che Su, Kota Bharu, Kelantan dan beroperasi setiap hari bermula dari jam
10 pagi hingga 4 petang.
Sumber : Google
Sebut sahaja ayam kampung, pasti ada yang sudah mula
kecur air liur, bukan? Haa, inikan pula merasainya sendiri di restoran yang
terbaik! Menu Nasi Kuah Kari Ayam Kampung ini cukup popular di kalangan
pengunjung di sini. Nasi putih panas yang disajikan bersama ayam kampung
bersaiz besar yang digoreng rangup dan dilengkapi dengan kuah kari adalah satu
kombinasi yang cukup padu. Harganya juga kurang RM10.
Sumber : Google
Nasi putih berlaukkan ikan keli goreng mungkin kedengaran
biasa-biasa sahaja bagi anda tapi tidak jika anda merasainya sendiri di
Restoran Pohon Nako. Ikan kelinya tidak kecil dan rapuh,
malah ianya bersaiz besar dan rangup. Rasanya juga tidak terlalu masin dan
isinya cukup segar. Cukup enak dimakan panas-panas bersama kuah kari atau
sambal.
Sumber : Google
Jika anda berada di Kelantan, minuman ini wajib anda
cuba. Teh Tarik Madu yang cukup popular di Kelantan ini juga merupakan antara
minuman yang laku keras di Restoran Pohon Nako. Antara minuman terbaik yang
disajikan di sini ialah Teh Tarik Madu dan Teh Beng Hijau Madu. Rasa
kedua-duanya manis dan berkrim. Bagi yang lebih menyukai teh hijau, kami
cadangkan agar anda cuba Teh Beng Hijau Madu. Memang mengancam!




Comments
Post a Comment